Tuesday, April 5

Bismillahhirrahmanirrahim.

Bila kita nak berubah,mula berubah dan cuba untuk kekal berubah, pasti ada je nada-nada yang tak symphony dengan nafsu yang jadi muzik latar.

"Alahai..ana takdela cerita yang sesuai untuk bagi budak-budak ni tengok.."
'Asal? ada cerita @#$%! je ke?'

Huh?
Macam tu ke saya pada pandangan awak,sahabat?

Lepakla kakak.Orang gurau je la.
Oh.

Bila diteliti, melodi ni membantu je sebenarnya. Sangat.

"Boleh tak kalau nak buat benda ni?"
'Boleh je.selalu kut orang buat' mereka berkata
tapi dia jawab: ei..tak suka la. kata, buang masa.
--adehai,termakan cili la pulak--

Menjadi peringatan. Tarbiyyah on the spot.

'Siapa ada cadangan macamana nak susun jadual ni?'
angkat tangan tanpa berfikir ''Kita bahagi dua la.tapi susahkan sir la.."
"'Kata susuhkan..tak payah la bagi tahu! eh, dia ni, buat muka tak bersalah pulak'''
dengar agaknya 'Takpe, takpe, cadangan'
muka bahagia
'''Malam la sir. isnin sampai khamis'''
apakah???
"Sir, taknak!!!"
'''Eh, kata cadangan'''
--oh.--

Memanglah hai. Ikut otak yang ikut hati yang ikut nafsu, nak je smash balik. Tapi bila dah diam, duduk beruzlah, fikir dan hayatinya, baru terasa mungkin Allah tengah offer diri hidayah-Nya. Semua yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah nak beri khusus untuk mereka yang berfikir. Dan sabar.

Sabar lagi. Sabar ada batasan la weh!

Yeah, tepat sekali. Namun, siapa yang membataskannya? Nafsu amarah?

Tarik nafas dalam- dalam, hembus perlahan- lahan.


"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
(ali-imran:8)
.

Tuesday, March 29

Bismillah.

"Korang lepak petang tadi buat apa?"
'hehe,macam biasa la..' 
'''diorang ni tengok anime memanjang'''
'mana ada kita, awak je eh..'
'''memang la awak tak,awak kan mengadap cerita korea je!'''

----

Duduk kat sini memang perkara biasa tengok drama dan dengar musik korea. Sekali sekala jepun pulak. Kedai kat bawah pun kebiasaannya jurujual dia pasang je lagu korea kuat- kuat. obsession.

anti-korea ke?

mana ada. tak selesa je. risau. tak jemu pun tapi memaksa diri supaya jemu agar tak terjebak. huh. menentang arus ni banyak cabarannya walau kita tahu kita betul.

apa yang betul?

betul bahagian cerita tu mengganggu masa kita. terbayang- bayang dalam solat kita. memang la diorang bukan islam, boleh je buat benda- benda yang diorang buat tapi bila kita suka=kita redha=kita sebahagian daripada mereka. tak la cakap yang kita bukan islam jugak, bukan bidang.

Wahai orang- orang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang yahudi dan nasrani sebagai teman setia(mu); mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang zalim. [almaidah:51]

selalu dengar yang dari mata jatuh ke hati?
bila jatuh ke hati, mesti terpancar dekat semua tingkah laku kita.

aigoo, ye ke? benda tu ada je la baik dia..

sungguh? mana yang lebih? kalau baik lebih, memadamkan yang buruk, maka silakan.

pernah dalam salah satu Solusi, ada ustaz ni tulis, kurang lebih macam ni: nafsu ni highway untuk syaitan. jadi kita sempitkan dari tiga @ empat lane jadi dua lepas tu satu. biar sesak, susah syaitan nak lalu.
kita tak boleh kawal syaitan tapi kita boleh usahakan kawal nafsu.

sama- sama cuba sikit-sikit. cari benda lain untuk alihkan perhatian kita. bentuk minat lain. apa yang orang selalu kata..fake it till you make it?






Tuesday, February 15

bismillahirrahmanirrahim.
lalala~

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lama pun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku
-edcoustic.berubah-
pokok nan sebatang tu dah lama tak dijenguk, diteliti..ntah masih hidup atau sudah layu terkulai.
kalau terkulai layu..
maknanya,                                                      
kena tanam pokok baru.mula balik dari asas. tak boleh nak selamatkan pokok lama tu sangat dah sebab tak perasan yang dari dulu lagi rupanya akar rapuh. maka, kena kuatkan akar. walau banyak dugaan tapi mesti kena cuba buat. siapa rasa perubahan tu senang dan mudah untuk kita serasikan? saya rasa ia sangatlah mencabar, lainlah kalau terer penyamaran macam salamender. Jadi, sebab itulah kan Allah janjikan pahala pada usahanya dan bukan hasilnya..kalau tak, adeh~




Tuesday, December 28

What value left is there
in this world I live in?
I start thinking its all meaningless
or maybe I’m just tired?
In exchange for something I got
I gave up a number of precious things
but it’s not such a peaceful world
that I can lament each and every one.
What kind of dreams should I envision?
What kind of hopes should I take with me as I go forward?
These questions seemingly impossible to answer
Get buried in my day to day life.
If you were here I wonder what you would say?
you’d probably say I was being “gloomy” and have a laugh.
I just wish i could see your gentle smile

So this melancholy of mine would blow away
even if it’s a light like fireworks
that can never be caught
one more time, one more time,
 one more time, one more time
I want to reach out for it.
We all carry sadness with us
but we hope for a better tomorrow
I wonder to what extent we can love a world
gripped by fear, thrown into unrest?
I get choked up on the words ’cause I think too much
I hate how clumsy I am
Yet oddly enough, I hate more how skillfully I can pretend.
Whether we spend the years laughing or crying
time passes evenly
the future is calling to us
are you, now, hearing it too?
Even though we knew from the start
that we’d eventually have to say goodbye
one more time, one more time, one more time, one more time
and as many times as I can, I hope to see you again.
I never imagined that simply meeting you
could make the world seem so beautiful
would you laugh at me for being simple minded?
I want to say “thank you” to you from the bottom of my heart.
I wish my heart flowed fast and smooth like water
so that it would not settle in one place.
For all those times when I need to see you
for those times when I’ll miss you so
one more time, one more time, one more time, one more time

I want to imprint you firmly in my memory
We all have our problems
but we hope for a better tomorrow
I wonder to what extent we can love a world
gripped by fear, thrown into unrest?
one more time, one more time,
one more time, one more time…
HANABI-translated version-MRCHILDREN

Tuesday, December 7

Bismillah,

"Fuyyoh! Macho ah.."
' Pandainya!!!'
"Mantap.."

Pernah dengar kata- kata seperti ini yang ditujukan dengan penuh rasa kagum pada diri anda? Hehe, mesti pernah punyalah .Pujian adalah sangat sinonim dengan manusia. Satu cara mudah untuk melahirkan rasa kagum yang ada pada hati. Namun, apakah pula cara terbaik untuk menzahirkan rasa penghargaan dan rendah diri kita kepada pemilik pujian- pujian tersebut?

Respons normal yang biasa diterima:
"Mana ada, biasa- biasa je ni, ada je yang lagi terror."
' Rezeki ni,Allah nak bagi'
" Hehe, biasa jela."

Salah ke berkata begitu?

Ntah, saya pun tak tahu.
Tetapi, di sini saya ingin kongsikan, satu cara yang saya rasa sangat bagus apabila kita menerima pujian.

Bacalah:
"Allahummaghfir li mimma la ya' lamun, 
wala tu aahizni mimma yaqulun,
waj 'alni khairam mimma yazhnun"

Maksudnya:
"Ya Allah ampunkanlah aku dengan apa yang mereka tidak tahu,
dan janganlah Engkau ambil daripadaku apa yang mereka katakan,
dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan."

Hebat bukan doa ini.
Mengingatkan kita tentang dosa kita yang tersembunyi yang hanya kita dan Allah sahaja ketahui dan mungkin kita sendiri telah terlupa serta dalam masa yang sama, menyedarkan kita bahawa nikmat ini boleh sahaja Allah tarik pada bila-bila masa.

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghafir:60)

Sunday, November 21

Bismillah.

"Pergi berjalan sendiri ke?"
'Kau ni,takdela..pergi dengan kawan-kawanla.'
oh.
"Siapa kawan-kawan Acu, eh? Maksud saya, yang Acu rapat sekarang." Entah dari mana datangnya soalan ini.
'Hmm..menarik soalan kau..'
'Takde la, kiranya kawan rapat Acu sekarang yang Acu kenal masa sekolah ke, universiti ni ke, masa kerja?" Perasaan ingin tahu mula menguasai diri. Seronok dapat berbual begini, berkongsi pengalaman.
'Jap, yelah kan.Yang rapat sekarang ni, yang kerja sama dengan Acu tapi yang U pun ada. Yang seorang tu la.' Seolah-olah beliau baru sedar tentang realiti ini.
"Kiranya memang yang dari sekolah dah tak la?"
'Lebih kurangla tapi Acu still rapat dengan seorang dua kawan Acu. Yang Amalina,Tan Yong..tu pun rapat macam gitu2 jela.'
'Bila kau dah besar dah lain la, Aisyah'
'Biasanya kau lagi rapat dengan kawan U kau atau kat tempat kerja. Time sekolah kau budak- budak. Kau seronok- seronok tapi kat U  tempoh 4 tahun tu berbeza.'
"Tu tempoh kau matang, kenal dunia sebenar." sampuk Azan,yang tekun mendengar sedari tadi.
"Oh,sebab tu la lagi rapat dengan kawan sekerja,ye?"
'Macam tu la. Diorang selalu dengan kau.'
"Tahu stress kerja sama-sama."Terbayang rakan- rakan sekelas.
'Kalau kau jumpa balik kawan sekolah kau pun, kau memang rapat dengan diorang tapi rasa gap tu still ada. Diorang ada kawan diorang sendiri dan kau ada kelompok kau sendiri..' kata beliau sebelum perbualan ini terhenti.

Right.

Well, people will drift apart from each other. It occurs naturally or due to some specific reasons.
Whatever it is, it is part of sunatullah.

But, to think again,

If Uni is the place where we will truly find someone who will stick with us throughout our life, we better start looking and be friend with those who are great.

Cari kawan baik-baik, duduk dalam kalangan baik-baik.ikut usrah. and InsyaAllah, kita akan selamat daripada jadi entah apa- apa pada masa akan datang.

InsyaAllah.

- Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberinya kepadamu,atau kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya. Tetapi sahabat yang tidak baik (jahat) diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaian mu atau  mungkin  kamu akan mendapat bau busuk darinya- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Saturday, November 13

Bismillah.
Buat dia yang satu masa dahulu berada di sisi.
Salam perjuangan!


Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Reff :
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.

Album : Rahsia
Munsyid : Saujana