Sunday, November 21

Bismillah.

"Pergi berjalan sendiri ke?"
'Kau ni,takdela..pergi dengan kawan-kawanla.'
oh.
"Siapa kawan-kawan Acu, eh? Maksud saya, yang Acu rapat sekarang." Entah dari mana datangnya soalan ini.
'Hmm..menarik soalan kau..'
'Takde la, kiranya kawan rapat Acu sekarang yang Acu kenal masa sekolah ke, universiti ni ke, masa kerja?" Perasaan ingin tahu mula menguasai diri. Seronok dapat berbual begini, berkongsi pengalaman.
'Jap, yelah kan.Yang rapat sekarang ni, yang kerja sama dengan Acu tapi yang U pun ada. Yang seorang tu la.' Seolah-olah beliau baru sedar tentang realiti ini.
"Kiranya memang yang dari sekolah dah tak la?"
'Lebih kurangla tapi Acu still rapat dengan seorang dua kawan Acu. Yang Amalina,Tan Yong..tu pun rapat macam gitu2 jela.'
'Bila kau dah besar dah lain la, Aisyah'
'Biasanya kau lagi rapat dengan kawan U kau atau kat tempat kerja. Time sekolah kau budak- budak. Kau seronok- seronok tapi kat U  tempoh 4 tahun tu berbeza.'
"Tu tempoh kau matang, kenal dunia sebenar." sampuk Azan,yang tekun mendengar sedari tadi.
"Oh,sebab tu la lagi rapat dengan kawan sekerja,ye?"
'Macam tu la. Diorang selalu dengan kau.'
"Tahu stress kerja sama-sama."Terbayang rakan- rakan sekelas.
'Kalau kau jumpa balik kawan sekolah kau pun, kau memang rapat dengan diorang tapi rasa gap tu still ada. Diorang ada kawan diorang sendiri dan kau ada kelompok kau sendiri..' kata beliau sebelum perbualan ini terhenti.

Right.

Well, people will drift apart from each other. It occurs naturally or due to some specific reasons.
Whatever it is, it is part of sunatullah.

But, to think again,

If Uni is the place where we will truly find someone who will stick with us throughout our life, we better start looking and be friend with those who are great.

Cari kawan baik-baik, duduk dalam kalangan baik-baik.ikut usrah. and InsyaAllah, kita akan selamat daripada jadi entah apa- apa pada masa akan datang.

InsyaAllah.

- Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberinya kepadamu,atau kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya. Tetapi sahabat yang tidak baik (jahat) diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaian mu atau  mungkin  kamu akan mendapat bau busuk darinya- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

No comments: