Tuesday, April 5

Bismillahhirrahmanirrahim.

Bila kita nak berubah,mula berubah dan cuba untuk kekal berubah, pasti ada je nada-nada yang tak symphony dengan nafsu yang jadi muzik latar.

"Alahai..ana takdela cerita yang sesuai untuk bagi budak-budak ni tengok.."
'Asal? ada cerita @#$%! je ke?'

Huh?
Macam tu ke saya pada pandangan awak,sahabat?

Lepakla kakak.Orang gurau je la.
Oh.

Bila diteliti, melodi ni membantu je sebenarnya. Sangat.

"Boleh tak kalau nak buat benda ni?"
'Boleh je.selalu kut orang buat' mereka berkata
tapi dia jawab: ei..tak suka la. kata, buang masa.
--adehai,termakan cili la pulak--

Menjadi peringatan. Tarbiyyah on the spot.

'Siapa ada cadangan macamana nak susun jadual ni?'
angkat tangan tanpa berfikir ''Kita bahagi dua la.tapi susahkan sir la.."
"'Kata susuhkan..tak payah la bagi tahu! eh, dia ni, buat muka tak bersalah pulak'''
dengar agaknya 'Takpe, takpe, cadangan'
muka bahagia
'''Malam la sir. isnin sampai khamis'''
apakah???
"Sir, taknak!!!"
'''Eh, kata cadangan'''
--oh.--

Memanglah hai. Ikut otak yang ikut hati yang ikut nafsu, nak je smash balik. Tapi bila dah diam, duduk beruzlah, fikir dan hayatinya, baru terasa mungkin Allah tengah offer diri hidayah-Nya. Semua yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah nak beri khusus untuk mereka yang berfikir. Dan sabar.

Sabar lagi. Sabar ada batasan la weh!

Yeah, tepat sekali. Namun, siapa yang membataskannya? Nafsu amarah?

Tarik nafas dalam- dalam, hembus perlahan- lahan.


"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
(ali-imran:8)
.

No comments: