Sunday, November 20

Bismillah.

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuhu wamaghfiratuhu waridhwaanuh!!

Moga ketenangan dan perlindungan Allah sentiasa bersama kita ^^
--------------

Tersebutlah alkisah, pada suatu pagi yang indah permai, nyaman dengan angin yang bertiup sepoi- sepoi bahasa serta sang suria yang bersinar lembut, seorang raja yang sangat mencintai rakyatnya bertitah kepada mamanda menterinya," Wahai mamanda, beta berasa sangat bersyukur hari ini dengan kedamaian negeri yang kita kecapi dan limpah kurnia Allah yang begitu banyak. Maka, beta berasa, apalah kiranya jika kita mengundang rakyat jelata hadir ke istana untuk mengambil satu benda yang mereka ingini sebagai hadiah daripada beta,".

Candangan tersebut disambut baik oleh mamanda menteri dan beberapa orang utusan diraja dihantar untuk memaklumkan titah baginda. Justeru, berduyun- duyunlah rakyat baginda yang datang ke istana, masing- masing mengambil satu benda yang sangat mereka ingini; piala emas, perabot jati, makanan lazat, permaidani buatan tangan turki, katil empat tiang dan segala sesuatu yang tidak mampu mereka perolehi dengan mudah.

Apabila senja tiba dan kebanyakan rakyat jelata telah pulang, baginda duduk di atas hamparan di balai menghadap memandangkan singahsana baginda juga telah diambil. Baginda tersenyum sendirian mengenangkan kelatah rakyat jelatanya yang begitu bersemangat memilih barang seperti di pasar raya.
Hati baginda berasa gembira kerana mampu menggembirakan rakyatnya.

"eh,hmm!"

Baginda segera berpaling ke sisi, mencari tuan punya suara. Seorang budak lelaki dalam lingkungan awal belasan memandang muka baginda penuh berharap.

'Sudahkah kamu memilih apa yang kamu mahu?' lembut baginda bertanya.

Dengan mata bersinar- sinar, budak tersebut mengangguk laju.

'Silakanlah ambil. Apa sahaja yang kamu ambil akan menjadi milik kamu.'

" Apa sahaja?" Ujar budak tersebut memohon kepastian.

'Ya. Dengan daulat beta, apa sahaja yang kamu ambil adalah milik kamu.' dengan penuh yakin, baginda memberi kepastian.

Budak tersebut tersenyum senang dan perlahan- lahan mengorak langkah ke arah baginda. Tanpa disangka- sangka, budak tersebut memeluk baginda dan dengan beraninya berkata

" Aku memilih yang ku peluk ini. Dan dengan janji yang telah diberi, apa sahaja yang aku pilih adalah milikku."


----------..\o/..----------

ohyeah.

dah habis cerita.

faham tak?

takpe2.jangan buat muka kelam. jom kita go through satu dua soalan bagi memahami cerita ni..

kenapa soalan?

yela. apa kelas terus bagi jawapan. tak berkembang minda.
lagipun, Allah kan suka mereka yang berfikir dan meneliti.
Oleh itu, (sebab dah banyak kali pakai maka) mari kita berfikir.

1- bolehke pilih raja?
2- kenapa budak tu pilih raja?

soalannya 2 je pun.

dah ada jawapan??

(kalau dah, boleh skip bawah2 lagi)
belum??

okla. mari kita tengok satu-satu.

Jawapan:
1- ya.

soalan pertama ni memang sangat senang. mestilah boleh.
petikan teks:
'Silakanlah ambil. Apa sahaja yang kamu ambil akan menjadi milik kamu.'


" Apa sahaja?" Ujar budak tersebut memohon kepastian.

'Ya. Dengan daulat beta, apa sahaja yang kamu ambil adalah milik kamu.' dengan penuh yakin, baginda memberi kepastian.

Soalan ke2, KBKK.

okla, bila kita diberi pilihan untuk pilih sesuatu yang hanya pada masa itu sahaja yang kita boleh pilih, pasti kita akan pilih yang terbaik, kan?

dan untuk memilih, kita pasti akan berfikir dahulu, betul tak?

jadi, mari kita fikir- fikir kan kenapa budak tu pilih raja..
apa manfaat pilih raja?

Ya, tepat sekali!!!

Bila pilih raja, yang kaya raya tu, bila baginda dah jadi milik kita, mestila kita dapat apa sahaja dari baginda betul tak? Macam orang gaji yang dimiliki tuannya.. 

Are you with me?

Great ^^

Sekarang cuba kita fikirkan dan renungkan. Siapa atau apa yang paling berkuasa, super duper powerful, yang boleh effect kita sekarang?

US.
Kerajaan.

aaa,lain2..

oo..diri kita?
emm. ah!!
mestilah Allah yang maha berkuasa!!!

yeah! Anda bijak bestari :)

ok, sekarang, kaitkan dengan cerita atas tadi..

oook..maknanya kita kena kuasai Allah maka kita akan jadi berkuasa ke? sebab Allah tu ibarat raja dan kita ni budak tu..

betul2. tapi bukanlah kuasai Allah macam kita menguasai Allah. Tapi maknanya, kita kawan, rapat mesra dengan Allah dan jadi kesayangan Dia. 

If we befriend Allah, He will take care of the rest. Ini janji dia.
" Wahai orang-orang yang beriman. Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu " (Muhammad:7)







Sunday, October 16

Duduk atas bukit rasa angin terlalu kuat, duduk bawah bukit rasa angin bergerak perlahan.

Bismillah.

Jika setiap sesuatu mampu dimulai dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri dan kekuatan jiwa. Subhanallah.Indahnya.

Kita jauh. Dia ada. Kita dekat, Dia masih ada. Tapi adakah kita ada di setiap keberadaan-Nya?

Hubungan dengan manusia membentuk paksi X.
Hubungan dengan Allah membentuk paksi Y.
Masih perlukan paksi Z untuk membentuk isipadu jitu.

Siapa Z?
Apa Z?

Zimbabwe.

Jauh lagi Z bila X dan Y tak sempurna.

Duduk berjiran, siapa kata mudah. Duduk bersendirian, siapa kata indah.

Banyak persoalan menuntut jawapan.

Orang kata tanya hati. tapi..

Tak guna juga bila takde iman dekat situ.

Mana nak cari iman?
Islam?

Orang arab badwi itu berkata: "Kami telah beriman.” Katakanlah: "Kamu belum beriman, tetapi katakan sahaja, ‘Kami telah aslim (menyerah diri),’ kerana iman itu belum masuk ke dalam hati kamu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya, Dia (Allah) tidak akan mengurangi daripada amalan kamu sedikit pun. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).”  Sesungguhnya orang Mukmin hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang siddiq (yang benar).  (Hujurat:14-15)


Perlu harta dan jiwa. Ini Z.


semua.segala sesuatu.


Mankind is the most complicated and complete structure. Its Creator must be superb, all knowing and the most perfect on its own.


credit

Wednesday, September 28

When everything seems to be wrong, please Allah, let me continue to have an ultimate faith in You that it is still the best for me. Ameen.

bismillahirrahmanirrahim.

3 minggu.

Jalan masih panjang.

Ada satu kisah. Mudah je.

Seorang budak jalan-jalan. Bosan.Tak tahu nak buat apa. Jadi, bagi menghilangkan rasa bosan, dia habiskan duit syiling dia yang hanya sebanyak  30 sen untuk beli kek lapis apollo. Terus dia pergi tepi kolam dan bagi ikan makan.

Hilang bosan.
Dapat pahala.
Tenangkan jiwa.
Dapat doa dari makhluk lain.
Rasa gembira.
Masa bermanfaat.

Never look down on small deeds. It may be huge.


So whosoever does good equal to the weight of an atom (or a small ant), shall see it.
And whosoever does evil equal to the weight of an atom (or a small ant), shall see it.
(al-Zalzalah:7-8)


Jom jadi budak tu.^^


credit

Saturday, September 10

nak tulis ni. nak tulis tu. heh. pastu tak tertulis apa-apa. bijak.

Bismillah.

EID MUBARAK.

Tahniah untuk semua yang berpuasa jasmani dan rohani!!! ^^ Anda hebat. Subhanallah.

Saya baca sebuah buku ni. Tajuknya Nota Hati Seorang Lelaki. Tak habis pun tapi ada satu bahagian yang saya ingat.

Pakcik kepada penulis berpesan, kurang lebih macam ni, --> bila menulis, ketengahkan ilmu, bukan peribadi, supaya mereka meninggikan ilmu itu dan tak mengadili pada peribadi.

Lagi, --> penulis kata (tulisla maknanya XD) mereka yang menulis berdasarkan ilmu, bijaksana, yang menulis sebab pemerhatian, cerdik, dan yang menulis sebab pengalaman, pandai. *sila semak balik buku tu untuk dapatkan yang tepat. saya tak mapu nak referkan sekarang.

Saya, anda, kita.. kenapa kita menulis ye?

Luahan perasaan?
Orang lain pun buat?
Berkongsi?

Biarlah apa pun alasan kita. Takde isu pun sebenarnya, asalkan kita yakin, bila al-'Alim bertanya, jawapan kita meninggikan kemungkinan untuk memperoleh buku dengan tangan kanan. :D. InsyaAllah.Amin.

Yakin. Dia yang yakin pada-Nya itu superb. No matter who he is. 

Lagi.

saya beli sebuah buku. Tajuk dia Hero. Buku Melayu ye. Saya beli sebab dah muak dengan kisah cinta dan watak utamanya tidak sempurna seperti buku- buku lain tulisan penulis ni. Dan temanya bukan ukhwah. Cinta n ukhwah,sahabat. Buku fantasi,yang kena jadi realiti. 

Pasal apa?

Bolehla baca disini. Menarik. Saya dah lama tak baca novel dari awal hingga akhir. Buku ni saya baca hampir kesemuanya. Jadi bacalah. ( Hehe, promoter tak rasmi. tapikan, buku ni bagus, dan orang mukmin tu kan sentiasa ingin berkongsi yang terbaik dengan saudaranya, \o/ )

Lagi.
Qanaah itu hebat. 

huh?
siapakah n apakah?

Lek2. 8D

Qanaah ni, satu perasaan yang sangat..hmm..membelai jiwa? atau boleh juga dikatakan menenangkan hati. mana-manala. Maksud yang dekat mana ntah saya baca kurang lebih maknanya- perasaan redha dan bersyukur dengan apa sahaja yang diberi oleh Allah kepada kita dan yakin bahawa itulah yang terbaik untuk diri.

Macammana nak rasa?

Okla, biasanya orang kata cinta tu datang dengan sendiri, yang puitis sikit, datang tanpa diundang ke kamar hati.. (uhuks.) tapi qanaah ni lain sikit, lebih unik. dia bukan murahan. Kena doa, minta pada yang Maha Pemurah, yang Maha Penyantun, yang Maha Mencintai. Kita kena siapkan kamar hati kita dengan doa, kemaskan susun atur dengan mujahadah. Baca Quran banyak- banyak takpun dengar ayat cinta-Nya banyak- banyak. Perasaan ni, bagi saya, [macamana nak tulis ni..] indahlah..mewujudkan rasa ada solid ground yang kita boleh berdiri dengan stabil.

Tulis banyak- banyak pun buat serabut nak baca je.

Maka, doalah, cuba sendiri untuk rasa. Nanti boleh share. 

Jap. To avoid misunderstanding. Saya tak kata cinta tu murahan ye. Semua perasaan ni priceless. Hangpa tak boleh nak order kat kedai mamak satu. Kat mana benda alah ni pun tak tahu.

So, appreciate yours and others too the best that we could.
InsyaAllah.


Jumblemumblealltherumble,heywhatacountryfolkit'llbe?

Friday, July 29


It's here.
Lots of greatness n blessing for all.
Use it well. InsyaAllah.
^^

Saturday, April 30

Alhamdulillah

I'm just a rock, and everyday I sit and watch the sky

I sleep here in the sun and rain, and do not question why

I don't want to be a bird, 'cause as rocks we're never meant to fly

But you can sit and rest on me when you pass by



Alhamdulillah (Praise be to Allah) - Alhamdulillah I'm a rock

And that is all Allah asks of me

Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



I'm just a tree and this is the only life I'll ever know

I'll bow my bows and worship whenever I feel the wind blow

And my purpose in life is to grow and Allah says grow

And be a home for the birds and shade for folks below



Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a tree

And that is all Allah asks of me

Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



I'm just a person and my life is full of opportunity

I can travel through the world, over land and over sea

But will I choose the path of Truth, or a path to misguide me?

Sometimes I wish I had a simple life, just like a rock or a tree

But Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a person

And Allah has given me a choice that's free

So, Alhamdulillah - I choose to be a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a person

And Allah has given me a choice that's free

So, Alhamdulillah - I choose to be a Muslim

And there's nothing else I'd rather be

No, there's nothing else I'd rather be






DAWUD WHARNSBY ALI- ALHAMDULILLAH


betul.tak semudah yang dikata.but hey,He rewards us based on our efforts not the results. Chill.Strive.

Friday, April 22

bismillahirrahmanirrahim.

selalu je kita nak berubah.dan berusaha ke arahnya. tapikan, pernah ke kita terfikir, apabila kita dah berubah, kita nak buat apa?

huh? apakah? buat apa, apa?

yela. matlamat kita adalah untuk berubah ke arah yang lebih baik ikut skema Allah n rasul. maka, bila dah capai matlamat tu, kita perlu tukar matlamat ke untuk capai matlamat lain?

oh.ntah. tak perlu kut..

eh?

pernah dengar tak yang asal perkataan manusia itu adalah dalam bahasa arabnya, an-nisyan, nun, sin, ya = lupa. jadi, memanglah fitrah manusia itu untuk lupa.

kaitannya?

senang je..lantaran lupa memang fitrah kita, maka tendency untuk terlupa matlamat kita tu saaangatlah tinggi..oleh sebab itulah, kita kena cari penawar bagi sifat pelupa kita ni..

dapat tangkap tak?

tak.

oklah. senangnya macam ni. kita ni, bila dah capai matlamat kita tu, tak mustahil untuk kita tercicir dan terpisah kembali daripada matlamat kita tu..kenapa? haa..sebab kita ni manusia lah,maka lupalah,lalailah dan sebagainya..
maka lagi, bila dah berjaya genggam matlamat kita tu, kita mesti berperang dengan penyakit kita tu..barulah boleh kekal berjaya..

perang pakai apa?

kalau ikut saya yang kritikal penyakit lupanya ni, saya sangat mencadangkan sejenis ubat ala-ala antibiotik ni..sangat mujarab dan tak mahal..murah je..

ubatnya adalah.. sahabat yang baik --> suasana yang baik--> kita pun terdorong dan terbentuk jadi baik = matlamat kita..

oh.nak cakap pasal kawan lagila ni..

tak ah

cakap pasal sahabat.

sebab ukhwah teras kegemilangan

Tuesday, April 5

Bismillahhirrahmanirrahim.

Bila kita nak berubah,mula berubah dan cuba untuk kekal berubah, pasti ada je nada-nada yang tak symphony dengan nafsu yang jadi muzik latar.

"Alahai..ana takdela cerita yang sesuai untuk bagi budak-budak ni tengok.."
'Asal? ada cerita @#$%! je ke?'

Huh?
Macam tu ke saya pada pandangan awak,sahabat?

Lepakla kakak.Orang gurau je la.
Oh.

Bila diteliti, melodi ni membantu je sebenarnya. Sangat.

"Boleh tak kalau nak buat benda ni?"
'Boleh je.selalu kut orang buat' mereka berkata
tapi dia jawab: ei..tak suka la. kata, buang masa.
--adehai,termakan cili la pulak--

Menjadi peringatan. Tarbiyyah on the spot.

'Siapa ada cadangan macamana nak susun jadual ni?'
angkat tangan tanpa berfikir ''Kita bahagi dua la.tapi susahkan sir la.."
"'Kata susuhkan..tak payah la bagi tahu! eh, dia ni, buat muka tak bersalah pulak'''
dengar agaknya 'Takpe, takpe, cadangan'
muka bahagia
'''Malam la sir. isnin sampai khamis'''
apakah???
"Sir, taknak!!!"
'''Eh, kata cadangan'''
--oh.--

Memanglah hai. Ikut otak yang ikut hati yang ikut nafsu, nak je smash balik. Tapi bila dah diam, duduk beruzlah, fikir dan hayatinya, baru terasa mungkin Allah tengah offer diri hidayah-Nya. Semua yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah nak beri khusus untuk mereka yang berfikir. Dan sabar.

Sabar lagi. Sabar ada batasan la weh!

Yeah, tepat sekali. Namun, siapa yang membataskannya? Nafsu amarah?

Tarik nafas dalam- dalam, hembus perlahan- lahan.


"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
(ali-imran:8)
.

Tuesday, March 29

Bismillah.

"Korang lepak petang tadi buat apa?"
'hehe,macam biasa la..' 
'''diorang ni tengok anime memanjang'''
'mana ada kita, awak je eh..'
'''memang la awak tak,awak kan mengadap cerita korea je!'''

----

Duduk kat sini memang perkara biasa tengok drama dan dengar musik korea. Sekali sekala jepun pulak. Kedai kat bawah pun kebiasaannya jurujual dia pasang je lagu korea kuat- kuat. obsession.

anti-korea ke?

mana ada. tak selesa je. risau. tak jemu pun tapi memaksa diri supaya jemu agar tak terjebak. huh. menentang arus ni banyak cabarannya walau kita tahu kita betul.

apa yang betul?

betul bahagian cerita tu mengganggu masa kita. terbayang- bayang dalam solat kita. memang la diorang bukan islam, boleh je buat benda- benda yang diorang buat tapi bila kita suka=kita redha=kita sebahagian daripada mereka. tak la cakap yang kita bukan islam jugak, bukan bidang.

Wahai orang- orang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang yahudi dan nasrani sebagai teman setia(mu); mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang zalim. [almaidah:51]

selalu dengar yang dari mata jatuh ke hati?
bila jatuh ke hati, mesti terpancar dekat semua tingkah laku kita.

aigoo, ye ke? benda tu ada je la baik dia..

sungguh? mana yang lebih? kalau baik lebih, memadamkan yang buruk, maka silakan.

pernah dalam salah satu Solusi, ada ustaz ni tulis, kurang lebih macam ni: nafsu ni highway untuk syaitan. jadi kita sempitkan dari tiga @ empat lane jadi dua lepas tu satu. biar sesak, susah syaitan nak lalu.
kita tak boleh kawal syaitan tapi kita boleh usahakan kawal nafsu.

sama- sama cuba sikit-sikit. cari benda lain untuk alihkan perhatian kita. bentuk minat lain. apa yang orang selalu kata..fake it till you make it?






Tuesday, February 15

bismillahirrahmanirrahim.
lalala~

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lama pun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku
-edcoustic.berubah-
pokok nan sebatang tu dah lama tak dijenguk, diteliti..ntah masih hidup atau sudah layu terkulai.
kalau terkulai layu..
maknanya,                                                      
kena tanam pokok baru.mula balik dari asas. tak boleh nak selamatkan pokok lama tu sangat dah sebab tak perasan yang dari dulu lagi rupanya akar rapuh. maka, kena kuatkan akar. walau banyak dugaan tapi mesti kena cuba buat. siapa rasa perubahan tu senang dan mudah untuk kita serasikan? saya rasa ia sangatlah mencabar, lainlah kalau terer penyamaran macam salamender. Jadi, sebab itulah kan Allah janjikan pahala pada usahanya dan bukan hasilnya..kalau tak, adeh~