Thursday, January 28

Khilaf

Insan itu fitrahnya terlupa dan membuat silap, khilaf.
Khilaf kepada diri,
 keluarga,
 kawan,
 dan pasti
kepada
 KHALIQnya.

Jika pada diri, itu bisa diurus, kadang-kadang terlupa terus..
Menyesal .. ini memang pasti.

Jika pada keluarga, hmm.. air yang dicincang tidak akan putus, katanya..
jadi modal bila sakat menyakat.. ^^

Jika pada kawan, ya, ya saya maafkan awak..,
kalau kawan tu taraf sahabat, insyaallah lupus, tapi sentiasa ditegur dari semasa ke semasa, bukan untuk memperlekeh, tetapi sayangkan dia, takut larut dengan emosi dan suasana, dalam masa yang sama membantu dia berubah. Nak jumpa di dunia sana~ Ameen

Tapi yang  kawan taraf - kawan- tu,   takpe, takpe,biar je, dia ni memang macam tu.. masa muhasabah nanti bagi tahulah ..apa orang kata,  " ni saya tegur je.." .. yang zaman tuk kaduk pun, baru masa ni nak ditegur,..  masih ingat lagi ke saya yang membuat khilaf tu? Mahunya saya buat kesalahan itu berturut- turut lantaran sang kawan ni tak tegur segera? Senang-senang je saham dosa kawan naik sekali..
Oh lupa.., kawan je kan? Mana ada hubungan hati ke hati, honesty is not the foundation of this relationship..
" nanti dia kecik hati nanti.."
" sabar je lah, biar je dia,yang penting kita tak buat.." 

Akukah kawan?

Jika pada Khaliq..apabila tengah mujahadah, subhanallah.. hinanya diri ni..
tapi masa futur tu, malasnya!!! tahu salah tapi.. Astaghfirullah..lebih keras daripada ferumlah hati ni..
Astaghfirullahal`azim
Astaghfirullahal`azim
Astaghfirullahal`azim



Keras macam batu pun pasti berlekuk apabila air berterusan mengalir diatasnya,
Garang macam singa pun pasti sayang terhadap anak- anaknya,
Kita punya emosi berbeza,
Perspektif berbeza,
tetapi tetap tujuan yang sama..
Mardhatillah
Khilaf itu pasti, tapi saya yakin, apabila saya kekal dengan sahabat, khilaf- khilaf ini mampu dikurangkan, dengan izinNya..

No comments: