Tuesday, January 26

Letih!

satu perkataan yang menghambat diri.
LETIH
umpama lekitan peluh yang melekat di badan.. orang lain tak nampak, kita sahaja yang merasai ketidakselesaannya .
 Punca?
Segala sesuatu boleh jadi punca.. Setuju?
Dari diri sendiri, keluarga dan persekitaran.
Semuanya bergantung kepada tahap penerimaan kita.

Jika saya kata tidur pada pukul 1 pagi itu meletihkan, awak mungkin kata biasa je..
Jika ummi dan ayah kata nak cari duit, sara keluarga itu meletihkan, kita yang anak- anak ni kata, eleh, kita pun letih..
Jika kita kata kawan yang tak memberi komitmen dalam tugasan menyebabkan kita letih, mereka mungkin kata kami tolonglah ni!.
Semua bergantung kepada diri kita..

lantaran itu, cara untuk mengatasinya..
Ubah tahap penerimaan kita.
HUH?
Ingat senang apa?
Saya pun tak tahu sangat tentang diri saya.. manalah tahu tahap penerimaan..
Oh,la~

Langkah  yang saya cuba terapkan, usahakan.
1- Naqibah saya pesan..
"Biarlah segunung pun rasa letih kita itu, andai bukan keranaNya, bukan untuk menujuNya, kosong, zero, takde apa-apa, fartamorgana belaka. Allah tak kira pun." (terkedu.)
ALLAH!
Apa ye yang saya niatkan selama saya sibuk meletihkan diri ini?
Allahuakbar~ Jahilnya diri ini tentang hati..
2- Seperti yang diajarkan oleh nabiyuna Muhammad S.A.W dan digarap kemas oleh Sean Covey,
KESEIMBANGAN dalam semua aspek.
Rohani --   Amal fardhiyah seperti tilawah, solat sunat, tolong  ummi
                  dan sebagainya, di mana, apabila kita memperkecilkan hal
                  ini, ketahanan kita juga menjadi kecil, directly propotional.   
                   (*sigh)
Jasmani -- Riadhah
Mental --    Memperkayakan minda dengan bahan bacaan ilmiah
                  dan berfikir tentang diri serta alam
Emosi --    Menetapkan hati.
                    Bagaimana? Tarik nafas dalam- dalam.. Terjun ke dalam
                    lautan emosi, pergi terus ke dasarnya,
                    jangan berenang di permukaan, takut dibawa arus dan
                    hanyut terus,
                    silap-silap
                    boleh lemas...





Kau cakap senang lah!

uh, uh.
orang yang `alim ( berilmu ye, bukan tok syeikh) adalah orang yang benar ilmunya [ilmu yang betul],
dan
membenarkan ilmu..
maknanya, dia kena praktikkan ilmu tu..
Saya nak jadi `alim,
kamu tentu juga, kan?
Kita cuba sama-sama ye? ^^

' Allah tidak melihat kepada hasilnya tetapi Dia melihat kepada usahanya..'

No comments: