" Adik tolong akak kejap boleh tak?"
' jap, jap ..tu,tu suruh dia..' jawab si adik ni dengan penuh semangat sambil menunding kepada seorang budak yang berbadan lebih kecil daripadanya,nun jauh.
Kesianlah pula budak tu, bawa dua buah beg di bahu kiri dan kanan yang ternyata lebih daripada separuh saiz badannya sambil tersenyum manis.
" Eh beg awak ke tu?"
' ah, ah , kita penatla. Biar adik yang bawak!' tangannya laju mengipas muka.
" Awak abang? Apa nih?! Mana boleh buli adik."
' Ala, orang tak buli. Nak bagi dia pahala lebih je..letak sini dik, sini,sini'
Eh, budak ini!
"' Yang awak tu, dapat apa? Adik dapat pahala, yang awak?"' sergah seorang ustazah daripada belakang saya.
Terperanjat dia. Terperanjat saya.
'He.. takpelah kesian dia sikit pahala'
"' Habis, awak tu dah cukup banyak sangat ke? Sibuk pasal orang punya pahala, Awak dah cukup?"' Ustazah berkata sambil berlalu pergi.
Terdiam. Terkedu.
rabbi yusahhil, rabbi yuqawwi..
No comments:
Post a Comment