Thursday, November 4

bismillah.

"Agaknya sebab tulah Allah tak bagi makan tikus.Badan nipis sangat..Bahagian dalam je lebih."
'Lagipun tikus tu kotor la,mana ada orang nak makan' tambah Jannah, sahabat saya. Pengalaman membedah tikus terbayang-bayang di ruang mata. Seronok =)
"Tapi Aisyah,burung yang kecil tu pun orang makan,bahagia je."ujar Aminah, menyuarakan pandangannya.
hmm..banyaknya hikmah Allah, tak mampu nak ungkai.
"Masa bedah tu,susah je nak sebut Allahuakbar,Subhanallah ke apa..kita macam lebih,'oh.., eh kenapa?, cantiknya etc',payah je lidah ni nak puji Allah."
Astaghfirullah al-adhzim!

Teringat pesan naqibah saya satu masa dahulu, bahawa mereka yang bekerja dengan makhluk ciptaan Allah lah yang sewajarnya lebih dekat dengan Allah. Mana tidaknya, tugas mereka memerhatikan penciptaan Allah sepatutnya menjadikan mereka sedar kelemahan diri.Tadabbur alam.

Allahuakbar!
I am a muslim.It is not a title.It's an attitude,a way of life.
Allahumma aati nafsi taqwaha wa zakkiha wa anta khairu man zakkaha, anta waliyyuha wa maulaha.

No comments: