Sunday, November 21

Bismillah.

"Pergi berjalan sendiri ke?"
'Kau ni,takdela..pergi dengan kawan-kawanla.'
oh.
"Siapa kawan-kawan Acu, eh? Maksud saya, yang Acu rapat sekarang." Entah dari mana datangnya soalan ini.
'Hmm..menarik soalan kau..'
'Takde la, kiranya kawan rapat Acu sekarang yang Acu kenal masa sekolah ke, universiti ni ke, masa kerja?" Perasaan ingin tahu mula menguasai diri. Seronok dapat berbual begini, berkongsi pengalaman.
'Jap, yelah kan.Yang rapat sekarang ni, yang kerja sama dengan Acu tapi yang U pun ada. Yang seorang tu la.' Seolah-olah beliau baru sedar tentang realiti ini.
"Kiranya memang yang dari sekolah dah tak la?"
'Lebih kurangla tapi Acu still rapat dengan seorang dua kawan Acu. Yang Amalina,Tan Yong..tu pun rapat macam gitu2 jela.'
'Bila kau dah besar dah lain la, Aisyah'
'Biasanya kau lagi rapat dengan kawan U kau atau kat tempat kerja. Time sekolah kau budak- budak. Kau seronok- seronok tapi kat U  tempoh 4 tahun tu berbeza.'
"Tu tempoh kau matang, kenal dunia sebenar." sampuk Azan,yang tekun mendengar sedari tadi.
"Oh,sebab tu la lagi rapat dengan kawan sekerja,ye?"
'Macam tu la. Diorang selalu dengan kau.'
"Tahu stress kerja sama-sama."Terbayang rakan- rakan sekelas.
'Kalau kau jumpa balik kawan sekolah kau pun, kau memang rapat dengan diorang tapi rasa gap tu still ada. Diorang ada kawan diorang sendiri dan kau ada kelompok kau sendiri..' kata beliau sebelum perbualan ini terhenti.

Right.

Well, people will drift apart from each other. It occurs naturally or due to some specific reasons.
Whatever it is, it is part of sunatullah.

But, to think again,

If Uni is the place where we will truly find someone who will stick with us throughout our life, we better start looking and be friend with those who are great.

Cari kawan baik-baik, duduk dalam kalangan baik-baik.ikut usrah. and InsyaAllah, kita akan selamat daripada jadi entah apa- apa pada masa akan datang.

InsyaAllah.

- Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberinya kepadamu,atau kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya. Tetapi sahabat yang tidak baik (jahat) diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaian mu atau  mungkin  kamu akan mendapat bau busuk darinya- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Saturday, November 13

Bismillah.
Buat dia yang satu masa dahulu berada di sisi.
Salam perjuangan!


Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Reff :
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.

Album : Rahsia
Munsyid : Saujana

Thursday, November 4

bismillah.

"Agaknya sebab tulah Allah tak bagi makan tikus.Badan nipis sangat..Bahagian dalam je lebih."
'Lagipun tikus tu kotor la,mana ada orang nak makan' tambah Jannah, sahabat saya. Pengalaman membedah tikus terbayang-bayang di ruang mata. Seronok =)
"Tapi Aisyah,burung yang kecil tu pun orang makan,bahagia je."ujar Aminah, menyuarakan pandangannya.
hmm..banyaknya hikmah Allah, tak mampu nak ungkai.
"Masa bedah tu,susah je nak sebut Allahuakbar,Subhanallah ke apa..kita macam lebih,'oh.., eh kenapa?, cantiknya etc',payah je lidah ni nak puji Allah."
Astaghfirullah al-adhzim!

Teringat pesan naqibah saya satu masa dahulu, bahawa mereka yang bekerja dengan makhluk ciptaan Allah lah yang sewajarnya lebih dekat dengan Allah. Mana tidaknya, tugas mereka memerhatikan penciptaan Allah sepatutnya menjadikan mereka sedar kelemahan diri.Tadabbur alam.

Allahuakbar!
I am a muslim.It is not a title.It's an attitude,a way of life.
Allahumma aati nafsi taqwaha wa zakkiha wa anta khairu man zakkaha, anta waliyyuha wa maulaha.

Tuesday, November 2

Bismillah


"Aisyah,ada cerita hantu tak?" senior saya tersenyum lebar,menyejukkan hati seorang teman.
"Jap, kita tanya kawan kita.."
....
"Cerita romantic comedy boleh tak? kita tak ada cerita hantu la.."
'oh,boleh je..' nada tertekan akibat kebosanan.
"Hmm..cerita ni nak tak? Best.. tapi ada yang sensored sikit..tak pe,korang semua open minded kan??"
'Ahh, taknak yang 18 and above! Buat penat solat je nanti. '

Ohlala~
Tak tahu nak cakap apa.Tergelak je.
Hati rasa berdosa, mula menghitung diri.

And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts (An-nur:31)