Wednesday, May 19

Ukhwah

Bismillahirrahmanirrahim..
Antara cara untuk mengekalkan keceriaan hati menurut Dato' Dr. Fadzilah Kamsah adalah dengan meluahkan apa yang kita rasa kepada orang lain.
Jangan jadi bodoh sombong! Pendam sampai busuk menanah, berpura-pura segalanya baik.
Namun, pemilihan orang untuk diluahkan itu penting.
Sangat penting.

Dan..saya pilih dia.
Dia yang cakap biasa- biasa sahaja.
Dia yang tidak menghukum apabila mendengar.
Dia yang meyakinkan saya yang musibah itu hikmah dan kelemahan itu kesempurnaan diri.

Bagaimana saya menemui dia?
Pernah dengar..
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Saya tahu saya telah jumpa dia bila dia marah saya kerana Allah dan dia hargai saya kerana Allah.

Siapa dia?
Dia ialah dia yang bertaut dengan saya diatas nama ukhwah fillah. 
Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah, dan semua perbezaan ditemui titik persamaan yang mutlak, aqidah kepada-Nya!

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulliah

I am a muslim and extremely proud to be one. 

No comments: