Sunday, November 20

Bismillah.

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuhu wamaghfiratuhu waridhwaanuh!!

Moga ketenangan dan perlindungan Allah sentiasa bersama kita ^^
--------------

Tersebutlah alkisah, pada suatu pagi yang indah permai, nyaman dengan angin yang bertiup sepoi- sepoi bahasa serta sang suria yang bersinar lembut, seorang raja yang sangat mencintai rakyatnya bertitah kepada mamanda menterinya," Wahai mamanda, beta berasa sangat bersyukur hari ini dengan kedamaian negeri yang kita kecapi dan limpah kurnia Allah yang begitu banyak. Maka, beta berasa, apalah kiranya jika kita mengundang rakyat jelata hadir ke istana untuk mengambil satu benda yang mereka ingini sebagai hadiah daripada beta,".

Candangan tersebut disambut baik oleh mamanda menteri dan beberapa orang utusan diraja dihantar untuk memaklumkan titah baginda. Justeru, berduyun- duyunlah rakyat baginda yang datang ke istana, masing- masing mengambil satu benda yang sangat mereka ingini; piala emas, perabot jati, makanan lazat, permaidani buatan tangan turki, katil empat tiang dan segala sesuatu yang tidak mampu mereka perolehi dengan mudah.

Apabila senja tiba dan kebanyakan rakyat jelata telah pulang, baginda duduk di atas hamparan di balai menghadap memandangkan singahsana baginda juga telah diambil. Baginda tersenyum sendirian mengenangkan kelatah rakyat jelatanya yang begitu bersemangat memilih barang seperti di pasar raya.
Hati baginda berasa gembira kerana mampu menggembirakan rakyatnya.

"eh,hmm!"

Baginda segera berpaling ke sisi, mencari tuan punya suara. Seorang budak lelaki dalam lingkungan awal belasan memandang muka baginda penuh berharap.

'Sudahkah kamu memilih apa yang kamu mahu?' lembut baginda bertanya.

Dengan mata bersinar- sinar, budak tersebut mengangguk laju.

'Silakanlah ambil. Apa sahaja yang kamu ambil akan menjadi milik kamu.'

" Apa sahaja?" Ujar budak tersebut memohon kepastian.

'Ya. Dengan daulat beta, apa sahaja yang kamu ambil adalah milik kamu.' dengan penuh yakin, baginda memberi kepastian.

Budak tersebut tersenyum senang dan perlahan- lahan mengorak langkah ke arah baginda. Tanpa disangka- sangka, budak tersebut memeluk baginda dan dengan beraninya berkata

" Aku memilih yang ku peluk ini. Dan dengan janji yang telah diberi, apa sahaja yang aku pilih adalah milikku."


----------..\o/..----------

ohyeah.

dah habis cerita.

faham tak?

takpe2.jangan buat muka kelam. jom kita go through satu dua soalan bagi memahami cerita ni..

kenapa soalan?

yela. apa kelas terus bagi jawapan. tak berkembang minda.
lagipun, Allah kan suka mereka yang berfikir dan meneliti.
Oleh itu, (sebab dah banyak kali pakai maka) mari kita berfikir.

1- bolehke pilih raja?
2- kenapa budak tu pilih raja?

soalannya 2 je pun.

dah ada jawapan??

(kalau dah, boleh skip bawah2 lagi)
belum??

okla. mari kita tengok satu-satu.

Jawapan:
1- ya.

soalan pertama ni memang sangat senang. mestilah boleh.
petikan teks:
'Silakanlah ambil. Apa sahaja yang kamu ambil akan menjadi milik kamu.'


" Apa sahaja?" Ujar budak tersebut memohon kepastian.

'Ya. Dengan daulat beta, apa sahaja yang kamu ambil adalah milik kamu.' dengan penuh yakin, baginda memberi kepastian.

Soalan ke2, KBKK.

okla, bila kita diberi pilihan untuk pilih sesuatu yang hanya pada masa itu sahaja yang kita boleh pilih, pasti kita akan pilih yang terbaik, kan?

dan untuk memilih, kita pasti akan berfikir dahulu, betul tak?

jadi, mari kita fikir- fikir kan kenapa budak tu pilih raja..
apa manfaat pilih raja?

Ya, tepat sekali!!!

Bila pilih raja, yang kaya raya tu, bila baginda dah jadi milik kita, mestila kita dapat apa sahaja dari baginda betul tak? Macam orang gaji yang dimiliki tuannya.. 

Are you with me?

Great ^^

Sekarang cuba kita fikirkan dan renungkan. Siapa atau apa yang paling berkuasa, super duper powerful, yang boleh effect kita sekarang?

US.
Kerajaan.

aaa,lain2..

oo..diri kita?
emm. ah!!
mestilah Allah yang maha berkuasa!!!

yeah! Anda bijak bestari :)

ok, sekarang, kaitkan dengan cerita atas tadi..

oook..maknanya kita kena kuasai Allah maka kita akan jadi berkuasa ke? sebab Allah tu ibarat raja dan kita ni budak tu..

betul2. tapi bukanlah kuasai Allah macam kita menguasai Allah. Tapi maknanya, kita kawan, rapat mesra dengan Allah dan jadi kesayangan Dia. 

If we befriend Allah, He will take care of the rest. Ini janji dia.
" Wahai orang-orang yang beriman. Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu " (Muhammad:7)