Wednesday, September 28

When everything seems to be wrong, please Allah, let me continue to have an ultimate faith in You that it is still the best for me. Ameen.

bismillahirrahmanirrahim.

3 minggu.

Jalan masih panjang.

Ada satu kisah. Mudah je.

Seorang budak jalan-jalan. Bosan.Tak tahu nak buat apa. Jadi, bagi menghilangkan rasa bosan, dia habiskan duit syiling dia yang hanya sebanyak  30 sen untuk beli kek lapis apollo. Terus dia pergi tepi kolam dan bagi ikan makan.

Hilang bosan.
Dapat pahala.
Tenangkan jiwa.
Dapat doa dari makhluk lain.
Rasa gembira.
Masa bermanfaat.

Never look down on small deeds. It may be huge.


So whosoever does good equal to the weight of an atom (or a small ant), shall see it.
And whosoever does evil equal to the weight of an atom (or a small ant), shall see it.
(al-Zalzalah:7-8)


Jom jadi budak tu.^^


credit

Saturday, September 10

nak tulis ni. nak tulis tu. heh. pastu tak tertulis apa-apa. bijak.

Bismillah.

EID MUBARAK.

Tahniah untuk semua yang berpuasa jasmani dan rohani!!! ^^ Anda hebat. Subhanallah.

Saya baca sebuah buku ni. Tajuknya Nota Hati Seorang Lelaki. Tak habis pun tapi ada satu bahagian yang saya ingat.

Pakcik kepada penulis berpesan, kurang lebih macam ni, --> bila menulis, ketengahkan ilmu, bukan peribadi, supaya mereka meninggikan ilmu itu dan tak mengadili pada peribadi.

Lagi, --> penulis kata (tulisla maknanya XD) mereka yang menulis berdasarkan ilmu, bijaksana, yang menulis sebab pemerhatian, cerdik, dan yang menulis sebab pengalaman, pandai. *sila semak balik buku tu untuk dapatkan yang tepat. saya tak mapu nak referkan sekarang.

Saya, anda, kita.. kenapa kita menulis ye?

Luahan perasaan?
Orang lain pun buat?
Berkongsi?

Biarlah apa pun alasan kita. Takde isu pun sebenarnya, asalkan kita yakin, bila al-'Alim bertanya, jawapan kita meninggikan kemungkinan untuk memperoleh buku dengan tangan kanan. :D. InsyaAllah.Amin.

Yakin. Dia yang yakin pada-Nya itu superb. No matter who he is. 

Lagi.

saya beli sebuah buku. Tajuk dia Hero. Buku Melayu ye. Saya beli sebab dah muak dengan kisah cinta dan watak utamanya tidak sempurna seperti buku- buku lain tulisan penulis ni. Dan temanya bukan ukhwah. Cinta n ukhwah,sahabat. Buku fantasi,yang kena jadi realiti. 

Pasal apa?

Bolehla baca disini. Menarik. Saya dah lama tak baca novel dari awal hingga akhir. Buku ni saya baca hampir kesemuanya. Jadi bacalah. ( Hehe, promoter tak rasmi. tapikan, buku ni bagus, dan orang mukmin tu kan sentiasa ingin berkongsi yang terbaik dengan saudaranya, \o/ )

Lagi.
Qanaah itu hebat. 

huh?
siapakah n apakah?

Lek2. 8D

Qanaah ni, satu perasaan yang sangat..hmm..membelai jiwa? atau boleh juga dikatakan menenangkan hati. mana-manala. Maksud yang dekat mana ntah saya baca kurang lebih maknanya- perasaan redha dan bersyukur dengan apa sahaja yang diberi oleh Allah kepada kita dan yakin bahawa itulah yang terbaik untuk diri.

Macammana nak rasa?

Okla, biasanya orang kata cinta tu datang dengan sendiri, yang puitis sikit, datang tanpa diundang ke kamar hati.. (uhuks.) tapi qanaah ni lain sikit, lebih unik. dia bukan murahan. Kena doa, minta pada yang Maha Pemurah, yang Maha Penyantun, yang Maha Mencintai. Kita kena siapkan kamar hati kita dengan doa, kemaskan susun atur dengan mujahadah. Baca Quran banyak- banyak takpun dengar ayat cinta-Nya banyak- banyak. Perasaan ni, bagi saya, [macamana nak tulis ni..] indahlah..mewujudkan rasa ada solid ground yang kita boleh berdiri dengan stabil.

Tulis banyak- banyak pun buat serabut nak baca je.

Maka, doalah, cuba sendiri untuk rasa. Nanti boleh share. 

Jap. To avoid misunderstanding. Saya tak kata cinta tu murahan ye. Semua perasaan ni priceless. Hangpa tak boleh nak order kat kedai mamak satu. Kat mana benda alah ni pun tak tahu.

So, appreciate yours and others too the best that we could.
InsyaAllah.


Jumblemumblealltherumble,heywhatacountryfolkit'llbe?