Friday, March 12

Perancangan Allah itu pasti!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah untuk nikmat-Nya yang tidak putus tiba.

Alkisah, hari Ahad baru-baru ini, pagi- pagi dah terkecoh- kecoh nak kena ikut seorang abang untuk ke kelas KPP. Setelah beberapa kali kelas ini ditundakan, akhirnya dapat juga satu sela waktu untuk sesi ini. Kira- kira jam 8.30 pagi, abang ni pun datang. Hati memang dah menggelabah. Boleh ke naik kereta berdua sahaja dengan lelaki tanpa mahram?? Ale,ale~  Belajar, syah, belajar..
Dengan penuh rasa cuak, sebab kelam- kabut, buka pintu kereta dan terus duduk, pintu dibiar terbuka. Masya Allah, sedapnya pendingin hawa ni.. kat Jawa tak dapat nak merasanya..

Abang : Ha..baguslah kau siap awal..{ dia mana tahu kita macam ribut tadi } kau bawa duit tak?
Saya:    angguk - angguk
Abang: Ok. dah beritahu atuk ni?
Saya:    angguk - angguk
Abang: Bagus- bagus. IC dah bawa?
Saya:    angguk- angguk . Eh.. tak, saya tak bawa!
Abang: Lah, pergila ambil. tak boleh kalau tak de.
Saya :   Tapi.. tak ada kat kampung, kat rumah.
abang : Alahai. tak dapek den nak tolong..kau gi bagi tahu atuk.

Terus turun kereta walaupun otak tak berapa nak cerna. Selepas beritahu atuk, terus telefon ummi.

Ummi: Bukan bawa ke Jawa ke?

Cepat- cepat letak telefon, punggah kotak ubat.
Alhamdulillah ada!!

Akhirnya hari itu dapat juga pergi kelas KPP, atuk hantar. Mungkin bagi sesetengah dari kita lihat perkara ini sebagai perkara kecil, tetapi bagi saya perkara ini besar nilainya. Sehebat mana pun perancangan kita, andai tiada keizinan Allah , tiadalah perkara itu.
Terasa betapa diri ini  kerdil, selalu kurang bersyukur dan menghargai setiap kejayaan dalam perancangan yang berjaya dilaksanakan.
Astaghfirullah, ya Allah.

" Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang  kamu dustakan? " (Ar-rahman: 25)

Tuesday, March 2

R2J4

Perjalanan ini seharusnya mengajar
seharusnya mendewasakan
seharusnya mendidik.
Sudahkah saya berhijrah?

Rabbi yassir wala tu'assir, ya kareem.