bismillah.
Alkisah, pada suatu masa.. di sebuah universiti, terdapat seorang professor yang mengarahkan para pelajarnya untuk menyempurnakan satu tugasan. Tugasannya mudah,tidak memerlukan kerahan tenaga,bersengkang mata menghadap komputer. Apa yang diminta hanyalah memasukkan batu -batu besar dan kecil berserta air ke dalam sebuah balang kaca tanpa menumpahkan setitis pun air tersebut.
Setelah 30 minit berlalu, hanya satu kumpulan sahaja yang berjaya menyempurnakan tugasan tersebut .Apabila ditanya apakah kaedah yang mereka laksanakan,ketua kumpulan mereka memberitahu bahawa mereka hanyalah memasukkan batuan besar dahulu,diikuti dengan batuan kecil dan yang terakhir sekali meletakkan air dengan cermat.
" Begitulah kehidupan kita seharian..dalam menjalankan kehidupan,pelbagai perkara datang menerjah kita..cara kita menghadapinya,mengenalpasti mana yang utama menentukan jalan hidup kita.."ucap professor dengan tenang.
...
ohh~
Apa batu-batu besar saya?
Apa batu-batu kecil saya?
Apa air saya?
Utamakan batu besar tanpa cuai memasukkan air ke dalam balang kehidupan saya.
Macam senang..
Macam.
Takpe,takpe.
Allah ada.
InsyaAllah!
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)
Saturday, October 30
Thursday, October 28
Bismillahirrahmanirrahim..
"Jom solat, jom solat!!"
'On the way, on the way.."
Allahuakbar!
Imam memulakan solat dan kami yang terlewat berusaha menyegerakan diri agar sempat menjadi ma'mum masbuq.
................
'eh,tak nak pakai telekung ke?'
"ala..tudung ni pun dah ok..cukup piawai"
oh..
'la, memang la cukup piawai,tapi ronyok semacam..takkan nak jumpa Allah sememeh macam ni tapi nak jumpa manusia cantik je..'
Diam.
hee~
-Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.-
Remeh tapi melambangkan sikap dan sifat.
Moga Allah merahmati kita semua.
InsyaAllah.
"Jom solat, jom solat!!"
'On the way, on the way.."
Allahuakbar!
Imam memulakan solat dan kami yang terlewat berusaha menyegerakan diri agar sempat menjadi ma'mum masbuq.
................
'eh,tak nak pakai telekung ke?'
"ala..tudung ni pun dah ok..cukup piawai"
oh..
'la, memang la cukup piawai,tapi ronyok semacam..takkan nak jumpa Allah sememeh macam ni tapi nak jumpa manusia cantik je..'
Diam.
hee~
-Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.-
Remeh tapi melambangkan sikap dan sifat.
Moga Allah merahmati kita semua.
InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)