Hari itu memang panas. Masa matahari berdiri tegak di atas kepala. Walaupun jaraknya tidaklah sejengkal seperti di alam sana, namun bahangnya memang jelas terasa. Dan, berdiri di tengah- tengah padang bersama ratusan umat manusia adalah pilihan terakhir bagi sesiapa sahaja.
" Awak, baju dia jaranglah..nampak apa yang tak patut.." sebut seorang rakan saya.
Yang lain terdiam.
' Dahlah pakai atas dada, which is against the rules' ucap seseorang sambil mengesat peluh di dahi.
Di kejauhan, dia yang sedang dibicarakan pantas melabuhkan hijabnya.
Alamak, dia dengar ke??
Kami semua tersenyum kepadanya sambil berpandangan antara satu sama lain.
Dalam perjalanan ke blok E, saya merapati rakan saya yang membangkitkan isu tersebut pada mulanya.
" Rasa- rasa dia dengar ke perbualan kita tadi? Sebab dia macam terus labuhkan tudung lepas itu."
' Eh, taklah kut. Kita memang dah cakap kat dia pun sebelum tu tentang pakaian dia. Takpelah, kita buat benda betul pun, tolong dia dan kita pun dapat pahala.' ucap rakan saya tenang.
Saya terdiam.
Pelbagai perkara bermain-main dalam minda dan hati saya.
-- beraninya dia kerana Allah..terus tegur secara peribadi
-- yakinnya dia..bahawa Allah bersamanya.
-- saya nampak tapi apa yang saya buat..sekadar memerhati?
-- saya dengar dan apa respons saya..sekadar menambah keburukan dan bercakap belakang?
-- saya tahu saya berada di pihak yang benar tetapi kenapa saya takut dan gusar..
Duhai hati..
berkerjasamalah dengan minda agar ilmu selari dengan amal..
"Ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah"
~ Ya Allah peliharalah diriku dari kejahilan dan keburukan yang wujud dalam diriku ini dan kesan daripada keburukan itu..ya rabb al-'alamin~